comscore
Tumpuan :
Nasional

Masalah prestasi punca utama KP Tourism Malaysia diturunkan pangkat- King Sing 

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing (kiri), Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Ammar Abd Ghapar

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Ammar Abd Ghapar tidak dipecat, namun diturunkan jawatan.

Katanya tindakan terbabit dilakukan berikutan prestasi beliau yang tidak memuaskan.

“Saya tidak tahu dia tiada idea atau macam mana buat kalau you tak boleh perform saya mesti tukar dan saya tidak kasi pecat saya bagi turun pangkat sahaja.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir pada Program Hari Kraf Negara di ibu negara pagi tadi.

Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang cuba mengaitkan tindakan terbabit dengan unsur perkauman yang berlaku di bawah pentadbiran beliau.

Sebelum ini tular di media sosial surat penamatan perkhidmatan Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang berkuat kuasa Isnin depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini