comscore
Tumpuan :
Nasional

Masjid Ibnu Sina Taman Tasik Titiwangsa musnah dalam kebakaran

KUALA LUMPUR: Kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, tidak sempat menunaikan solat sunat tarawih pertama malam ini, apabila hampir 90 peratus ruangan masjid itu musnah dalam kebakaran kira-kira 7 malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.10 petang, sebelum tiba di tempat kejadian pada 7.17 malam.

“Sebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan 21 anggota, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran membabitkan ruangan solat di dalam masjid dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus,” katanya.
Jurucakap itu berkata kebakaran dapat dikawal pada 7.27 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 9.36 malam ini.

Semasa kejadian tiada jemaah masjid, manakala punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. – Bernama

Loading...
Terkini