comscore
Tumpuan :
Isu

[VIDEO] Masjid, surau di Wilayah Persekutuan perlu pastikan penceramah mempunyai pentauliahan


Oleh Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan perlu memastikan semua penceramah mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan serta kekal sebagai zon aman dan bebas dari sebarang pengaruh dan unsur politik kepartian.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan, sebarang pelanggaran terhadap ketetapan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“Institusi masjid dan surau seharusnya menjadi medan yang memberikan pencerahan kepada ummah, menyebarkan semangat muhibah dan perpaduan bukan menjadi punca kepada kekeliruan, perbalahan dan persengketaan yang memecahbelahkan masyarakat.” katanya.

Jelasnya, semua masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah tertakluk di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] dan Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019.

Selain pekeliling-pekeling semasa bagi memastikan institusi tersebut ditadbir secara efisien dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama.

Loading...
Terkini