comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mata hanyalah ‘barang dagangan’ dengan Allah – Masitah

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

JOHOR BAHRU: Jika dahulu dirinya normal seperti insan lain, siapa sangka akibat terbabit kemalangan jalan raya, pada 21 Mac lalu iaitu sehari sebelum Ramadan.

Masitah Mohd Affandy atau lebih mesra disapa, Mashy kini terpaksa hidup dengan cara yang berbeza iaitu hilang penglihatan selama-lamanya.

Namun wanita tabah ini, tetap positif meneruskan hidup selain bersemangat meneruskan perniagaan yang diteroka bersama suaminya.

Bagai jatuh ditimpa tangga..Mashy bukan sahaja hilang penglihatan dan patah kaki bahkan jua kemalangan itu meragut nyawa pekerja setianya.

Mangsa kemalangan, Masitah Mohd Affandy.

Dia sebelum ini tular selepas berkongsi kisah diri di medium TikTok selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh lori seberat 15 tan.

Sejak itu segala-galanya berubah sekelip mata.

“Ketika itu saya nangis, saya sedih. Saya cakap Allah sayangkan mok, Allah sayangkan mok. Tapi dalam hati saya cakap, Allah tak sayangkan saya ke, sebab tu Allah tak ambil saya? Saya cakap dalam hati. Tapi suami saya bagitahu dengan saya begini, Allah sayangkan mok sebab tu Allah ambil mok. Dan Allah sayangkan awak dengan cara yang berbeza.”

Kini dia menerima diri sebagai individu Kelainan Upaya (OKU), tidak pernah menyangka mula mendapat perhatian ramai.

Siapa sangka aura positifnya itu dikagumi rata-rata pengikut selain ada yang merasa kagum dengan semangat ditunjukkan, malah Mashy tetap kelihatan tenang walau berdepan ujian hebat.

Kongsinya, inilah cara Allah S.W.T mahu bergurau dengannya.

“Saya rasa previously kenapa Allah uji begini sebab sebelum ni saya rasa life saya dah stagnant. Dia dah tak naik. I don’t have any story to tell, achievement pun tak begitu memberangsangkan. Bagi sayalah, so bila jadi macam ni, this is a new journey, a new learning process,” katanya ketika ditemui Buletin TV9, baru-baru ini.

Tidak akan terus terbuai dalam emosi sedih, Mashy mahu terus bangkit memulakan hidup baru.

Menurutnya lagi, kekuatan diri juga hadir selepas memahami Surah Al-An’am ayat 32, yang membawa maksud kehidupan di dunia tidak lain hanyalah tempat permainan.

Bagi suaminya, Nik Nazri, apa yang berlaku tidak mengubah perasaan cintanya terhadap isteri malah menambah rasa sayang.

“Untuk bahagikan masa tu so far Alhamdulillah cuma tak sempat pergi officelah, more kepada rumahlah untuk menjaga dia dengan keadaan dia yang tak boleh berjalan dengan keadaan dia yang perlu dibantu semuanya. Dengan masalah penglihatan jadi memang nak kena supportlah dengan smeua apa dia nak.”

Walau diri kini berbeza, Mashy dan suami bersyukur mempunyai pekerja yang cekap meneruskan perniagaan ketika masih cuba menyesuaikan diri dengan situasi semasa.

Tukar ujian jadi cabaran, anggap Allah nak bagi sesuatu yang lebih besar, bak kata Mashy, anggap ianya macam nak ‘level up game’.

Loading...
Terkini