comscore
Tumpuan :
Nasional

Maut bertembung dua kenderaan, isteri maut, suami parah

Foto: NSTP

KOTA KINABALU: Seorang isteri maut selepas motosikal dibonceng dengan suaminya terlibat kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Pulutan, Manggatal.

Kejadian berlaku jam 8.25 pagi semalam, dengan mangsa Fifiana Majunti, 34, disahkan meninggal dunia semasa di rawat di Hospital Likas.

Suaminya berusia 29 tahun turut parah dan masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu motosikal, lori dan Toyota Hilux.

Hasil siasatan awal mendapati, pemandu lori lelaki berusia 47 tahun dari arah Kampung Pulutan dalam perjalanan menuju ke sebuah bengkel.

“Ketika hendak memasuki simpang kanan di hadapan bengkel, tiba-tiba sebuah motosikal dinaiki suami isteri berkenaan dari arah belakang disyaki memotong menyebabkan berlaku perlanggaran di bahagian depan sebelah kanan lori.

“Impak pelanggaran menyebabkan penunggang dan pembonceng terbabas lalu terlanggar bahagian belakang Toyota Hilux yang ketika itu berada dibahu kanan jalan,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, pembonceng yang maut akibat parah di kepala.

Penunggang motosikal cedera ringan dan masih menerima rawatan di HQE I manakala kedua-dua pemandu lori dan Toyota Hilux
tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...
Terkini