comscore
Tumpuan :
Nasional

Maut dilanggar dari belakang di jalan gelap

Penunggang motosikal maut selepas dari arah belakang di Kilometer 37, Jalan Yong Peng – Kluang malam tadi. FOTO: Ihsan PDRM

KLUANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar pemandu kereta yang datang dari arah belakang di Kilometer 37, Jalan Yong Peng-Kluang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisoner Bahrin Mohd Noh, berkata pemandu kereta Nissan Sentra berusia 32 tahun yang dalam perjalanan dari Paloh ke Kluang melanggar mangsa berusia 50 tahun di kawasan gelap kerana tidak mempunyai lampu jalan.

Keadaan kereta Nissan Sentra selepas kemalangan di Kilometer 37, Jalan Yong Peng – Kluang. FOTO: Ihsan PDRM

Katanya, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa parah di badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Lelaki berusia 32 tahun yang memandu kereta itu tidak mengalami kecederaan, manakala penunggang motosikal Modenas Kriss meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat parah.

“Motosikal mangsa juga remuk dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.

Loading...
Terkini