Tumpuan :
Nasional

Mayat 2 lelaki rentung dipercayai warga emas, anak angkat

Mayat seorang mangsa rentung yang dibawa keluar dari lokasi kebakaran. – Foto: NSTP

ALOR SETAR: Dua lelaki yang ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Tongkang Yard, hari ini dipercayai seorang lelaki warga emas bersama anak angkatnya.

Dua mangsa terbabit dipercayai pemilik rumah itu, Ibrahim Mydin, 61, serta Muhamad Muslim Mohd Zaini, 23, dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kedua-dua mangsa akan dijalankan bagi mengesahkan identiti mereka.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Ahmad Aminuddin Abd Rahim, berkata kebakaran membabitkan rumah dua tingkat separa dan kayu itu berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang tidur.

Jelasnya, mayat kedua-dua mangsa ditemukan berdekatan pada jarak antara 0.6 meter.

Pihak menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 6.57 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja serta dibantu BBP Alor Setar tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Tindakan pemadaman berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran.

Setakat ini, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini