comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat bayi berbungkus dengan plastik ditemukan dalam tandas 

 

BESUT: Penduduk di Kampung Pengkalan Nyireh di sini, gempar apabila menemui mayat bayi yang telah dibungkus dengan plastik.

Mayat yang masih bertali pusat itu ditemukan di dalam tandas Surau Rumah Awam, di kampung itu jam 11.00 pagi tadi.

Penemuan mayat oleh penduduk selepas terhidu bau busuk dari tandas.

Mereka kemudiannya terkejut apabila bau busuk yang disangka bangkai binatang itu adalah bau mayat bayi yang dibungkus di dalam plastik dan ditutup dengan baldi.

Pihak jawatankuasa surau berkenaan kemudiannya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Abdul Rozak Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Jelasnya, mayat bayi perempuan dipercayai dilahirkan lebih 48 jam itu cukup sifat dengan tali pusat telah dipotong dan tanpa uri.

Bagaimanapun tiada kecederaan fizikal lain terdapat pada mayat bayi malang itu.

Mayat bayi telah di hantar ke Hospital Besut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 

Loading...
Terkini