comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat bayi perempuan baru dilahirkan, dijumpai dalam parit

SERI ISKANDAR: Mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam parit berhampiran tapak pembinaan Hospital Baharu Seri Iskandar, di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.15 petang.

Kata Hafezul siasatan awal mendapati bayi tanpa identiti itu dipercayai baru dilahirkan dengan tali pusatnya disyaki telah dipotong.

“Mangsa ditemukan tanpa pakaian dalam keadaan terbaring dan tenggelam di dalam parit.

“Pemeriksaan secara fizikal dapati tiada sebarang kecederaan luar.

“Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Changkat Melintang, Bota oleh pakar perubatan forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, pada pagi esok untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294 untuk membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini