Tumpuan :
Nasional

Mayat ditemui di susur keluar Rawang Bypass

Anggota bomba mengangkat mayat ditemui di susur keluar Rawang Bypass.- Foto: JBPM

RAWANG: Mayat tidak dapat dikenal pasti identiti ditemui di laluan susur keluar Rawang Bypass, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan itu pada 10.09 pagi.

Menurutnya, seramai 10 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang ke lokasi kejadian dan tiba 17 minit kemudian bagi bantuan mengangkat mayat.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan penemuan mayat terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Kenyataan media akan dikeluarkan berhubung penemuan mayat itu nanti,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini