comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mayat dua beradik nelayan ditemui lemas 

Oleh Kumaran Rajamoney

KUALA KEDAH: Mayat dua beradik nelayan yang dikhuatiri lemas setelah perahu mereka disyaki dipukul ribut di perairan Kuala Sala awal pagi tadi, ditemui tersangkut di dalam lumpur paya bakau di kawasan Kuala Kangkung.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dalam satu kenyataan memaklumkan mayat Mohd Farizan Tajuddin, 41 ditemui nelayan tempatan yang kemudian melaporkan kepada Pangkalan Hadapan Carilamat sekitar jam 4.20 petang tadi.

Mayat Mohd Faudzi Tajuddin, 48

Mayat Mohd Faudzi, 48 pula dilaporkan ditemui di kawasan sama sekitar jam 5.50 petang.

“Mayat kedua-dua mangsa telah disahkan keluarga dan berjaya dibawa keluar oleh anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta dibantu oleh penduduk tempatan,” katanya.

Terdahulu, Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah menerima panggilan dari Balai Polis Kota Sarang Semut memaklumkan seorang pengadu yang juga saudara mangsa telah hadir memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Mayat Mohd Farizan Tajuddin, 41

Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT pada 1.30 tengahari dan telah mengatur gerak bot PERKASA 1224 sejurus menerima maklumat.

“Dalam kejadian pagi tadi, dua buah perahu yang berpangkalan di Kuala Sala dinaiki tiga bersaudara itu telah keluar ke laut untuk memukat udang sebelum dibadai ribut menyebabkan salah satu perahu telah terdampar di pantai dan sebuah lagi perahu telah ditemui terapung di laut oleh bot nelayan tempatan.”

Usaha mengesan mangsa turut disertai agensi sahabat daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta beberapa bot nelayan tempatan.

Loading...
Terkini