comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat kru kapal ditemui terapung

PETALING JAYA: Seorang kru kapal Eco Galaxy yang dilaporkan terjatuh dalam laut pada 30 Ogos lalu disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui terapung di perairan Pulau Tengah pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Selangor, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata mayat berkenaan ditemui bot Penggalang 10 yang sedang dalam OP CARILAMAT kira-kira jam 9.26 pagi.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke jeti Pangkalan Polis Marin  (PPM) Pulau Indah untuk proses pengecaman oleh agen kapal kapal Eco Galaxy sebelum diserahkan  kepada polis.

Pengecaman awal oleh agen kapal mengesahkan mayat itu adalah Peligres Jaime Langusta, 57, yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat.

OP CARILAMAT ditamatkan pada jam 1.13 tengah hari dan Pos Hadapan CARILAMAT di Jeti Tanjung Rhu, Pulau Carey juga ditutup.

Loading...
Terkini