comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki dengan kesan kecederaan ditemui di Sungai Klang

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui tersangkut pada tiang paip air di Sungai Klang berhampiran tanah perkuburan Bukit Tandang, Sungai Way, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira jam 9 pagi.

“Mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemui tertiarap di dalam air dan tiada pengenalan diri ditemukan bersama mangsa.

“Hasil pemeriksaan terdapat kecederaan luka pada dahi, luka lelasan pada kedua-dua tangan dan lebam pada rusuk kiri mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya tiada senjata ditemui di lokasi kejadian dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan.

Kes disiasat sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Serdang hari ini bagi mengenal pasti punca kematian, katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini