comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki dijumpai terapung di perairan Port Dckson

Foto hiasan

PORT DICKSON: Polis masih mencari maklumat bagi mengesan identiti mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Perairan Laut berdekatan dengan Jeti Port Dickson petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata siasatan awal mendapati lelaki itu berpakaian baju singlet warna hitam dan berseluar pendek warna hitam.

“Lelaki itu memakai rantai leher kekuningan dan memakai tali rantai berwarna merah di sebelah tangan kanan serta tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Pada 3 Februari (semalam) jam lebih kurang 1.40 petang, polis terima panggilan telefon daripada Pengawal Keselamatan Jabatan Laut Port Dickson memaklumkan terdapat mayat seorang lelaki namun bangsa tidak pasti ditemui terapung di Perairan Laut berdekatan dengan Jeti Port Dickson.

Katanya, siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan mangsa sudah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk tindakan lanjut.

Aidi Sham berkata, mangsa dianggar berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun.

“Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) dan hasil semakan pihak polis dapati tiada sebarang repot Orang Hilang (OH) dibuat di mana-mana Balai Polis dibawah Pentadbiran IPD Port Dickson dalam tempoh terdekat bagi mengenalpasti ldentiti simati,” katanya.

Tambahnya, usaha mengesan waris simati masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan simati boleh menyalurkan maklumat ke mana-mana Balai Polis berdekatan atau menghubungi Hotline IPD Port Dickson di talian (06-6462999).

Loading...
Terkini