comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Ayam

FOTO: Ihsan PDRM

BATU PAHAT: Mayat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40 hingga 59 tahun ditemukan terapung di Kuala Sungai Ayam, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada jam 8.25 pagi.

“Ketika ditemui, keadaan fizikalnya lengkap dan memakai kemeja T berwarna jingga dan berseluar jeans biru.

“Mayat kemudian dikeluarkan pihak polis dengan bantuan orang awam sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Loading...
Terkini