comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Merotai

Anggota bomba mengangkat warga emas yang ditemukan terapung di Sungai Kampung Iban Merotai. FOTO: Ihsan tular media sosial & JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

TAWAU: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Kampung Iban, Sungai Merotai, di sini petang semalam.

Mayat mangsa dikenali sebagai Tikung Anak Guma, 71, warga tempatan ditemui terapung oleh orang awam sebelum bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, setakat ini tiada sebarang unsur jenayah terlibat.

“Lebih kurang jam 4.00 petang semasa pengadu dalam perjalanan pulang dari bermain bola sepak di padang Kampung Iban Merotai ketika pengadu melalui Jambatan Sungai Kampung Iban Merotai telah ternampak satu mayat manusia di dalam sungai berkenaan dalam keadaan terapung.

“Mangsa dijumpai pengadu di tebing sungai berdekatan dengan Jambatan Kg.Iban Merotai, Tawau,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam tadi.

Katanya mayat mangsa kini telah dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat dan proses bedah siasat belum dilaksanakan.

“lebih kurang jam 6.30 petang, mangsa ini telah dihantar ke kamar mayat (forensik) Hospital Tawau oleh pihak Polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.43 petang daripada pihak polis untuk membantu mengangkat mayat yang terapung di sungai.

Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mengangkat mayat mangsa menggunakan tali dan strecher.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Operasi ditamatkan pada jam 5.45 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini