comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki ditemui terdampar di Pantai Sepat

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Mayat lelaki dipercayai warga Nepal yang dilaporkan hilang selepas tergelincir dan dibawa arus di Pantai Teluk Cempedak ketika membuat panggilan video ditemui terdampar di Pantai Sepat, kira-kira 18 kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat terbabit ditemui orang awam kira-kira jam 7:30 pagi tadi.

“Mayat mangsa diserah kepada polis dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Isnin lalu, seorang lelaki warga Nepal dilaporkan hilang selepas tergelincir ke laut di pantai tumpuan pelancong itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4:30 petang ketika mangsa, Ganesh Rana, 22 tahun berkunjung ke pantai itu bersama rakannya sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan, berkuat kuasa Ahad lalu hingga semalam.

Amaran itu dikeluarkan berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun berlaku pada 10 hingga 13 Februari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini