Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan
KUALA LUMPUR: Mayat lelaki warga tempatan ditemui di dalam parit bersebelahan Jalan Mewah 3/5, Pandan Mewah, Ampang, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan orang awam memaklumkan penemuan mayat tersebut kira-kira jam 11.55 pagi.
“Si mati merupakan lelaki warga tempatan berusia 58 tahun, ditemui di dalam keadaan tertiarap di dalam parit yang berair.
“Hasil pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat kesan luka di bahagian muka dan kepala.” katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.
Katanya, mayat telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.