comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki hilang sejak 21 Mei ditemui dalam kereta

PONTIAN: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 21 Mei lalu ditemui dalam sebuah kereta di hadapan reban ayam di Parit Baru Kayu Ara Pasong di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mayat lelaki berusia 31 tahun itu ditemui sekitar jam 10 pagi.

Katanya, lelaki terbabit ditemui di kerusi tempat duduk pemandu dan dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang mula mereput.

“Pihak keluarga si mati sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan diminta hadir ke Hospital Pontian untuk membuat pengecaman dan mayat dibedah siasat di hospital berkenaan, ,” katanya.

Mohammad Shofee berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan balai polis berdekatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini