comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki reput ditemukan di Pulau Tuba

Mayat lelaki mula mereput ditemui terdampar di kawasan berbatu berhampiran Tanjung Rami, Pulau Tuba, Langkawi. FOTO IHSAN POLIS

LANGKAWI: Mayat lelaki reput ditemukan terdampar di kawasan berbatu berhampiran Tanjung Rami, Pulau Tuba di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mayat tanpa identiti itu ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada polis pada 11 pagi.

“Anggota polis yang bertugas memantau proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di pulau itu diarahkan ke lokasi untuk membuat siasatan.

“Setakat ini, identiti sebenar mayat belum dapat dikenal pasti berikutan keadaannya yang sudah mula mereput dan tiada dokumen pengenalan ditemukan bersamanya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shariman berkata, mayat dirujuk ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk proses bedah siasat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil membantu siasatan.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini