comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mayat lelaki warga asing ditemui terapung

 

Oleh: Hilmi Abdul Malik

SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan dalam keadaan terapung di Kunci Air Sungai Klang, Seksyen 17 Shah Alam pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mayat berkenaan ditemukan kira-kira jam 11.56 pagi.

Hasil siasatan mendapati, mangsa merupakan lelaki warga Nepal menerusi salinan pasport yang ditemui bersama si mati.

“Pemeriksaan oleh Pihak Forensik Selangor ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh si mati yang boleh menyebabkan kematian si mati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, mayat yang lengkap berpakaian itu terdahulu ditemukan oleh orang awam.

Mayat berkenaan telah dihantar ke Hospital Shah Alam pagi ini bagi tujuan bedah siasat.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini