comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat nelayan Mersing hilang ditemui di Pulau Bintan, Indonesia

MERSING: Mayat seorang lelaki yang ditemui di Pantai Pengudang, Pulau Bintan, Indonesia pada 15 Mac lalu disahkan nelayan yang telah dilaporkan hilang di Pulau Pemanggil, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama, Nurul Hizam Zakaria berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat daripada Polis Republik Indonesia (POLRI) mengenai penemuan mayat berkenaan.

Susulan itu, pihak MRSC Johor Bahru telah membantu membawa ahli keluarga mangsa ke Pulau Bintan bagi proses pengecaman dan pengesahan mayat, di Rumah Sakit Umum Daerah Raja Ahmad Tabib Provinsi Kepri-Tanjung Pinang.

Kakak mangsa mengesahkan mayat yang ditemui merupakan Muhamad Sufian bin Alwi, 32 yang dilaporkan hilang di laut sewaktu menarik pukat di perairan Pulau Pemanggil pada 8 Mac yang lalu.

Mayat mangsa telah hanyut sejauh 86.3 batu nautika daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini