comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat pelajar lelaki ditemui terapung dalam tasik UNIMAS

KUCHING: Pelajar lelaki ditemukan lemas di tasik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan dekat sini, hari ini.

Mayat Zoolfazairy Zaharen, 20, ditemui terapung berdekatan Jambatan Cinta yang merentangi tasik berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada jam 8.32 pagi.

Katanya, tujuh pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi didapati benar ada seorang mangsa terapung berada dalam tasik itu.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di tempat kejadian kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Jelasnya mayat diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini