comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mayat pemandu kereta terjunam dalam cerun ditemukan lepas beberapa hari

FOTO: NSTP

Oleh: Selwam Arjunan

PAYA TERUBONG: Mayat pemandu kereta yang dipercayai mengalami kemalangan dan terjunam ke dalam cerun sedalam 45 meter, di sini, ditemukan orang awam beberapa hari selepas kejadian.

Lelaki berusia 30-an yang mengalami cedera parah di seluruh badan dipercayai meninggal dunia di lokasi dan mayatnya ditemukan dalam keadaan kembung.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Muzammir Mohd Salleh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1 tengahari berhubung penemuan mayat di kawasan cerun di Jalan Paya Terubong ke Relau.

Katanya, pemeriksaan anggota yang tiba di lokasi mendapati terdapat kereta jenis Proton Persona di kawasan cerun sedalam 45 meter.

“Kemalangan dipercayai berlaku di Jalan Paya Terubong-Relau yang berada di kawasan bukit dan kemungkinan kereta terjunam ke dalam cerun.

“Kami menemukan mayat seorang lelaki berusia 30-an yang terbabit dalam kemalangan itu mungkin beberapa hari lepas.

FOTO: NSTP

“Mayat mangsa ditemukan di luar kereta, dipercayai terpelanting keluar dari kenderaan ketika terjunam atau mangsa sendiri keluar dari kereta selepas terjatuh tapi meninggal dunia di lokasi.

“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di seluruh badan dan ditemui dalam keadaan kembung,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, petang tadi.

Kata beliau, anggota bomba dari BBP Jalan Perak dan BBP Paya Terubong telah membawa naik mayat mangsa atas arahan pihak polis.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan pasukan perubatan untuk proses lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini