comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki warga Nepal rentung dalam kebakaran rumah kedai

PONTIAN: Mayat seorang lelaki warga Nepal ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah kedai, di Taman Mutiara dekat sini, tengah hari tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 12.29 tengah hari.

Susulan itu 19 anggota bersama 2 jentera dari Balai bomba Pontian dan Pontian Baru dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Mohd Hasnan Abd Rahman.

“Hasil siasatan awal mendapati kebakaran bermula di tingkat 2 rumah kedai tiga tingkat berukuran 23.3 meter panjang dan 6.6 meter lebar yang dijadikan bilik sewa” katanya.

Jelasnya, dianggarkan terdapat 6 buah bilik sewa di tingkat 2 yang musnah akibat kebakaran di mana setiap bilik berukuran lebih kurang 3.3 meter.

Ujarnya, sebaik selesai memadam api pihaknya telah menemui satu mayat yang 60 peratus rentung.

Mayat dikenal pasti sebagai lelaki warganegara Nepal dalam linkungan umur 50an dipercayai sedang tidur ketika kejadian.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi pemadaman berakhir sepenuhnya jam 2.16 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini