Tumpuan :
Nasional

Mayat wanita dipercayai lemas di Gerik berjaya ditemui

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Mayat seorang wanita berusia 20 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Air Berok, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai Gerik berjaya ditemui di dalam Sungai Rui, empat petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak , Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat mangsa, Nur Arina Azizan, 20 ditemui di kedudukan tujuh kilomter dari lokasi dia mula dihanyutkan.

“Mangsa ditemui oleh Pasukan Bomba Sukarela Kerunai tersangkut didahan pokok didalam air berhampiran tebing. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat.

“Kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 5.30 petang tadi,” katanya.

Mangsa terdahulu dilaporkan hilang dibawa arus deras ketika mandi di sungai bersama keluarganya pada Ahad lalu.

Ketika kejadian ibunya yang berusia 48 tahun turut hanyut namun berjaya diselamatkan orang awam.

Pencarian mangsa dijalankan dengan turut dibantu agensi lain termasuk pasukan Unit Anjing Pengesan (K9).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini