comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mayat wanita ditemui dalam rumah terkunci


Oleh: Safwan Sawi

SANDAKAN: Mayat seorang wanita ditemui sepasukan bomba dalam sebuah rumah terkunci dalam kejadian di Taman Sri Rimba, Batu 7, di sini, hari ini.

Mayat mangsa berusia 55 tahun yang sudah mula membengkak ditemui dalam rumah sebaik pintu berjaya dibuka oleh pasukan bomba.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PG0) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas itu pada jam 12.53 tengah hari.

Sepasukan bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Alan Ayuh tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Lapor operasi membuka pintu rumah terkunci menggunakan Peralatan Khas (Rescue Tools) dan didapati seorang perempuan ditemui .

“Pasukan bomba menemui seorang wanita dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan pada jam 1.40 tengah hari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini