Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mayat wanita hilang dalam kebakaran ditemui

 

KLANG: Mayat wanita yang dilaporkan hilang dalam kebakaran tiga rumah di Bagan Teo Chew Pulau Ketam, dekat sini, tengah hari tadi ditemui jam 10.05 malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata wanita berusia 49 tahun itu ditemui terdampar di tiang rumah yang musnah dalam kebakaran terbabit.

Tiga rumah di Bagan Teo Chew, Pulau Ketam terbakar. – FOTO: Ihsan Bomba

“Memandangkan paras air yang surut di lokasi, pencarian mangsa diteruskan dan pada jam 10.05 malam, mayat mangsa ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah tadi, wanita itu dipercayai berada di dalam rumah ketika kebakaran yang menyebabkan tiga rumah terbakar 90 peratus.

Proses pencarian dilakukan selepas kerja memadam api selesai dijalankan oleh sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, BBP Kota Raja, BBP Andalas, Pasukan Bomba Sukarela Pulau Ketam.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini