comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] MB Kedah bukan sahaja menghasut, tetapi buta sejarah


Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Kenyataan bahawa Pulau Pinang milik Kedah bukan sahaja menghasut tetapi buta sejarah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat perjanjian yang telah dibuat dan ia termaktub dalam pemerintahan ketika itu.

“Dalam pemerintahan ketika itu yang kita berada di zaman Kolonialisme, biarpun kita menolak kolonialisme itu namun perjanjian itu yang kemudiannya diterjemahkan dalam perjanjian Suruhanjaya Cobbold bagi pembentukan Persekutuan Tanah Melayu “

FOTO: NSTP

Beliau berkata demikian pada program Seminar Fikrah Siddiq Fadzil “Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia”, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara hari ini.

“Dan kita tahu bahawa wujud Negeri-negeri Melayu bersekutu,Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu dan ini harus difahami hanya yang tidak buta sejarah saja tidak membangkitkan perkara ini”.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, Kedah tidak mempunyai sempadan dengan Pulau Pinang berikutan ia milik Kedah.

Katanya, negeri berkenaan hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Loading...
Terkini