comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] MB Pahang angkat sumpah esok

Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Majlis Pengurniaan Surat Cara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan jam 11 pagi esok.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman memaklumkan Pemangku Raja Pahang turut memperkenankan pembentukan Kerajaan Negeri menerusi Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Keputusan itu dipersetujui selepas baginda menerima mengadap dan mendengar pandangan serta usul pemimpin parti politik susulan Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyaksikan tiada parti memperolehi majoriti mudah membentuk kerajaan,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini

Pada PRU-15, BN menang 16 kerusi DUN, PH 8 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) 17 kerusi.

Majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri ialah 22 kerusi DUN.

Loading...
Terkini