comscore
Tumpuan :
Nasional

MBJB sediakan tandas awam 5 bintang sambut pelancong sempena Tahun Melawat Johor 2026

JOHOR BAHRU: Persiapan rapi dilakukan bagi menyambut Tahun Melawat Johor 2026.

Antaranya, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyediakan tandas awam bertaraf lima bintang bertujuan memberikan keselesaan kepada pelancong dan pada masa sama meningkatkan imej MBJB.

Menurut jurucakap MBJB, kerja-kerja menaik taraf tandas awam sedang giat dilakukan dengan dilengkapi ciri moden seperti paip automatik, mesra orang kurang upaya (OKU) serta bilik persalinan lampin bayi yang dilengkapi sistem lampu dan pengudaraan yang selesa.

“Buat permulaan sebuah tandas awam di Jalan Segget di tengah bandar raya telah dipilih untuk dinaik taraf membabitkan peruntukkan kira-kira RM500,00” katanya.

Selain tandas awam, turut disediakan kemudahan surau berdekatan kawasan yang sama untuk pelancong khususnya pelancong daripada kalangan umat Islam beribadat di kawasan tengah bandar raya.

Beberapa lokasi telah dikenalpasti untuk menaiktaraf tandas awam dan kemudahan surau dalam kawasan MBJB.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini