comscore
Tumpuan :
Nasional

Media Prima sasar guna AI menjelang akhir tahun ini – Rafiq Razali

Rafiq Razali bercakap semasa Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). FOTO NSTP.

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad bakal menggunakan teknologi AI di semua organisasinya, menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali berkata konglomerat media itu akan mengadaptasi AI bukan sahaja untuk membangunkan kandungan malah untuk operasi seharian.

Tambahnya, Media Prima menggunakan pelbagai teknologi baharu sebelum ini bagi memastikan syarikat kekal berdaya maju, ia termasuk memanfaatkan kecerdasan buatan AI.

Ia dimulakan dengan berita harian BH sebagai projek perintis.

“Saya akan pastikan semua produk di Media Prima daripada TV3, 8TV,News Strait Times, Says, Big Tree dan semua syarikat di bawah naungan media Prima Berhad akan menggunakan kecerdasan buatan untuk meningkatkan lagi produktiviti pada masa hadapan,” katanya selepas menjadi panel sesi perbincangan mengenai Di Luar AI: Meneroka Hadapan Teknologi Seterusnya, siang tadi.

Hasil video buatan AI tersebut, video BH telah mendapat lebih tujuh ke lapan juta tontonan setiap bulan.

Sesi perbincangan itu diadakan di Pameran dan Persidangan Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) yang berakhir esok.

MPB juga merancang untuk menggunakan teknologi AI generatif secara menyeluruh melibatkan keseluruhannya warga kerjanya dalam masa terdekat.

“Saya rasa sangat sesuai untuk syarikat macam Media Prima sebab ada semua jenis media macam dalam talian, cetakan, digital, out of home (OOH) dan sebagainya. Jadi peranan AI itu macam-macam dari sudut wartawan yang efisyen, dari segi penambahbaikan proses kualiti kandungan dan video,” kata Hazrina Zainul Azizdin, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Pemasaran, HRD Corp.

Katanya, AI juga memberi impak kepada pekerja, majikan, industri termasuk kerajaan dari aspek dasar dan sokongan.

Dengan itu, HRD Corp bertanggungjawab untuk memajukan modal insan negara terutama sekali dari latihan kemahiran dan pembangunan kemahiran semula.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini