comscore
Tumpuan :
Nasional

Mekanisme khusus kurangkan pekerja akan dibincang bulan depan – Rafizi 

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR: Mekanisme khusus bagi mengurangkan jumlah pekerja asing di negara akan dibincangkan pada bulan depan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata ia akan dibincangkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi mengurangkan jumlah pekerja asing secara berkala.

“Saya sebut di Parlimen supaya saya dapat sediakan ekonomi yang lebih awal. Kita perlu komited untuk mengurangkan jumlah pekerja asing kerana kalau kita ada 3.5 juta baik yang ada dokumentasi ataupun tiada.

“Ini mewujudkan satu kumpulan yang menawarkan  struktur kos yang lebih rendah yang mana memang peniaga tempatan kita tak boleh bersaing yang mana mereka akan terus meletakkan harga yang lebih rendah dan akan terus ada, tambahnya” beliau berkata demikian ketika  menjawab soalan.

Foto hiasan

Tambah Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah mengenai fenomena persaingan antara rakyat negara ini dengan pekerja asing, yang mana pekerja asing datang sebagai buruh kasar tetapi menjadi pengusaha.

Tambahnya Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)  yang akan dibentang tahun depan akan meletakkan sasaran pengurangan jumlah pekerja asing secara lebih drastik dan ketara.

Jelasnya setakat ini ia memerlukan bukan sahaja secara dasar namun kerjasama industri kerana setiap kali pentadbiran sebelum ini ingin mengurangkan pekerja asing, isu itu akan mendapat bantahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini