comscore
Tumpuan :
Nasional

Melaka diiktiraf bandar terbersih di Asean

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin (kiri) bersama Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman menunjukkan anugerah ACTC yang diterima -FOTO: NSTP

AYER KEROH: Bandaraya Melaka diiktiraf sebagai bandar terbersih di Asean selepas menerima anugerah ‘Clean Tourist City Standard’ (ACTC) di Vientiane, Laos, 26 Januari lalu.

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, penganugerahan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu secara tidak langsung meningkatkan lagi semangat serta menjadi pemangkin untuk menarik lebih ramai pelancong ke Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Alhamdulillah, MBMB berjaya memenuhi tujuh kriteria yang mengikut piawaian ditetapkan iaitu pengurusan persekitaran, kebersihan, pengurusan sisa sampah, kesedaran perlindungan alam sekitar, kawasan lapang, keselamatan dan kesihatan perbandaran dan terakhir, Infrastruktur dan kemudahan pelancongan.

“Pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin bagi menggamit kehadiran pelancong dan merancakkan lagi industri pelancongan negeri,” katanya ketika mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, merasmikan Malam Penghargaan ACTC di Dewan Taming Sari MBMB, di sini.

ACTC dianjurkan khusus untuk ahli negara Asean bertujuan menambah baik aspek serta kualiti pelancongan di bandarmasing-masing sekali gus meningkatkan taraf hidup penduduk.

Daripada 13 negeri di negara ini, Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang berjaya dinobatkan sebagai penerima anugerah itu mewakili Malaysia.

“Pada tahun hadapan, kita perlu bersedia dengan acara terbesar iaitu ‘World Tourism Day’ (WTD) 2025 dan ‘World Tourism Conference’ (WTC) yang menyaksikan Melaka terpilih sebagai tuan rumah mewakili Malaysia.

“Pemilihan ini juga membuktikan bahawa Melaka adalah sebuah negeri pelancongan yang menjadi destinasi pilihan pelancong,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini