Tumpuan :
Nasional

Melaka tarik balik gelaran Datuk CEO GISBH

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Melaka hari ini mengumumkan penarikan gelaran Datuk yang diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad dalam satu kenyataan, memaklumkan arahan dibuat Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam selepas mendapat nasihat Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Nasiruddin dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada 25 Ogos lalu.

Berikutan arahan itu, Azhar berkata, nama Nasiruddin sudah dikeluarkan daripada senarai Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2024.

“Penarikan balik darjah kebesaran ini selaras dengan kuasa prerogatif Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam Perkara 34B, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Melaka.

“Oleh yang demikian, Nasiruddin Mohd Ali tidak dibenarkan mengguna pakai gelaran terbabit dan beliau dikehendaki memulangkan semula darjah kebesaran itu kepada Pejabat SUK Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh,” katanya, memetik laporan BH Online.

Sebelum ini, Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan Istana Melaka supaya menarik balik
gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada Pengerusi GISBH, Nasiruddin Mohd Ali padanya 25 Ogos lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini