comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Memandu arah bertentangan, lelaki degil cetus pergaduhan 

Tangkap layar video tular

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki yang memandu dalam arah bertentangan malah memaki pemandu lain menimbulkan kecaman warganet hari ini.

Menerusi satu video yang tular di aplikasi X, lelaki tersebut bukan sahaja memandu secara berbahaya tetapi turut memaki hamun orang lain yang menegurnya.

Insiden itu dipercayai berlaku di sekitar KL Eco City, di ibu negara.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan, menunjukkan orang ramai marah terhadap tindakan pemandu tersebut yang dikatakan tidak bertanggungjawab.

Malahan ada yang berpendapat lelaki tersebut seharusnya dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini