KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang selepas terjatuh dalam kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India Jumaat lalu, dimulakan pagi ini dengan pasukan mencari dan menyelamat merangka kaedah lanjutan.
Menerusi pemerhatian Buletin TV3, ahli keluarga mangsa terus berada di lokasi terutama anak lelakinya yang setia menanti sebarang berita mengenai nasib ibunya.
Anaknya yang berusia 26 tahun dilihat memerhatikan kawasan tanah jerlus secara dekat sebelum diminta beredar jauh dari lokasi kejadian atas faktor keselamatan.
View this post on Instagram
Difahamkan beliau telah berada di lokasi sejak awal pagi tadi bagi mengikuti secara dekat proses pencarian ibunya yang berusia 48 tahun itu.
Dalam kejadian pagi kelmarin, mangsa dikenali sebagai Vijayaletchumy, hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India, di sini.
Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan kaki melalui kawasan berkenaan untuk menuju ke sebuah kuil berhampiran.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Tanah mendap, wanita jatuh dalam lubang benam
- [KEMAS KINI] Insiden tanah mendap: Usaha keluarkan mangsa sedang giat dijalankan
- [VIDEO] Mendapan tanah: Operasi mencari mangsa diteruskan dengan jentera DBKL
- [VIDEO] Mendapan tanah: Isteri sempat jerit minta tolong selepas terjatuh sebelum senyap
- Mendapan tanah: Ada aliran air deras di bawah, operasi mencari mangsa perlu ikut peringkat – Polis
- [VIDEO] Mendapan tanah: Sudah 12 jam, operasi mencari mangsa diteruskan meskipun hujan
- Mendapan tanah: DBKL akan terus bantu operasi mencari mangsa – Datuk Bandar
- [VIDEO] Mendapan tanah: Pencarian memasuki 30 jam, mangsa belum ditemui
- [VIDEO] Mendapan tanah: Operasi pencarian hari ketiga diteruskan