GUA MUSANG: Laluan di Kilometer (KM) 78 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan berlaku jalan mendap pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, laluan terbabit ditutup kepada semua kenderaan daripada kedua-dua arah bermula hari ini sehingga arahan baharu dikeluarkan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).
Katanya, berdasarkan laporan JKR Gua Musang, pihaknya mengesan lubang benam baharu pada lokasi yang sama, namun berjarak lima meter daripada kejadian lubang benam pertama yang berlaku pada 23 November lalu.
“Dalam kejadian lubang benam pertama ia sudah dibaiki namun mereka mengesan terdapat lubang benam baharu sedalam sembilan meter.
‘Setiap hari saya ke hospital minta nak uruskan jenazah anak, tapi tak dibenarkan’
Hari gelap bola sepak negara
“Pada Khamis lalu laluan terbabit ditutup satu lorong untuk semua kenderaan. Hari ini kerosakan semakin membesar dan laluan terpaksa di tutup kepada semua kenderaan.
“Tiada jalan alternatif kepada pengguna. Jadi pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan jalan lain untuk ke Tanah Tinggi Cameron,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Katanya, pihak JKR akan cuba membuka laluan lencongan secepat mungkin untuk pengguna jalan terbabit.
Pada 23 November lalu berlaku kejadian lubang benam sedalam enam meter di KM 78 Jalan Gua Musang-Lojing sehingga menyebabkan laluan dari arah Lojing terpaksa ditutup satu lorong.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.