comscore
Tumpuan :
Nasional

Mendapan tanah: Operasi SAR akan diteruskan sehingga mangsa dijumpai – Polis

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan wanita warganegara India yang hilang dalam kejadian mendapan tanah di Masjid India akan diteruskan sehingga penemuan mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, setakat ini pasukan SAR tidak menetapkan tempoh pencarian.

“Untuk setakat ini, kita belum menetapkan sejauh mana pencarian ini tapi mesyuarat petang tadi memutuskan kita akan meneruskan operasi sehingga mangsa dijumpai,” jelasnya dalam sidang media di sini, petang tadi.

Pasukan SAR dalam operasi hari ketiga mencari mangsa yang hilang hari ini tertumpu di lurang kumbahan 5 (Bulatan Kinabalu) dan 6 (berhampiran Agro Bank Dataran Merdeka).

Bagaimanapun kesemua hasil carian di lokasi itu tidak berjaya menemui sebarang petunjuk baharu keberadaan mangsa.

Mangsa warga India, dikenali sebagai Vijayaletchumi, 48, yang berasal dari Andhra Pradesh, hilang selepas terjatuh ke dalam mendapan tanah berhampiran Masjid India kira-kira jam 8.30 pagi Jumaat lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini