comscore
Tumpuan :
Nasional

Mengamuk mahu dipanggil ‘baby’ atau ‘sayang’, penganggur direman 4 hari

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Seorang penganggur yang mengamuk gara-gara-gara tidak dipanggil ‘baby’ atau ‘sayang’ di sebuah restoran di Putra Heights, Subang Jaya, ditahan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata suspek ditahan di sebuah pusat dobi layan diri di Batu Caves sekitar jam 1 pagi.

“Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau berkaitan kes tipu, menghalang penjawat awam dan membuat ugutan.

“Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari, bermula hari ini sehingga Rabu depan untuk siasatan di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 352 Kanun Keseksaan.”

Minggu lalu, klip video memaparkan suspek mengamuk secara tiba-tiba di sebuah restoran sehingga mencederakan seorang kanak-kanak tular di media sosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada 4 Jun lalu, suspek berusia 50 tahun itu dipercayai bertindak agresif selepas pekerja lelaki premis itu memanggilnya ‘pakcik’.

Loading...
Terkini