comscore
Tumpuan :
Nasional

Menteri arah universiti terima pelajar miskin, tangguh yuran

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Semua pentadbir universiti diarahkan menerima kemasukan pelajar miskin dan daif, termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir juga meminta pihak universiti menguruskan bantuan awal pengajian bagi mahasiswa yang tidak berkemampuan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Pihak universiti akan menerima saudara-saudari terlebih dahulu dan selepas itu kita akan susun bantuan melalui PTPTN dan sebagainya.

“Satu daripada pendekatan yang dibuat oleh PTPTN ialah kita akan memberi wang pendahuluan bagi membolehkan pelajar mendaftarkan diri sebagai mahasiswa-mahasiswi baru di universiti-universiti yang berkenaan,” katanya menerusi hantaran video di Facebook hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang turut sama dalam video berkenaan menegaskan, ilmu sahaja boleh mengubah kehidupan seseorang dengan memberi contoh Datuk Seri Zambry.

“Contoh yang paling jelas di depan mata, anak seorang nelayan di Pulau Pangkor hari ini berjaya dengan cemerlang, belajar di universiti di Amerika Syarikat, kumpulan pertama UIA akhirnya menjadi menteri. Jadi yang paling penting, teruskan perjuangan untuk menimba ilmu,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini