comscore
Tumpuan :
Nasional

Menteri Besar Terengganu calon PAS di Kemaman

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dipilih sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman (P.040).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang bakal dicabar Calon Barisan Nasional iaitu bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Majlis pengumuman calon PAS berlangsung di Dewan Terbuka Kemaman Arena Square malam ini.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Loading...
Terkini