comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Menteri Kabinet Angkat Sumpah 3 petang ini

Oleh Siti Khadijah Jaafar & Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Istana Negara hari ini sekali lagi menjadi tumpuan pihak media.

Ia bagi mengikuti Majlis Angkat Sumpah barisan kabinet baharu Kerajaan Perpaduan yang dijadualkan jam 3 petang ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kesemua jemaah menteri terlibat difahamkan telah mengikuti sesi raptai yang bermula pada jam 9 sehingga 11 pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan terdiri daripada 28 kementerian dianggotai Ahli Parlimen, Senator dan pakar undang-undang syariah.

Datuk Seri Anwar turut memegang portfolio Menteri Kewangan.

Beliau turut melantik dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut memegang jawatan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Ahli Parlimen Petra Jaya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof yang turut memegang jawatan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini