comscore
Tumpuan :
Nasional

Mercun, arak dan pistol seludup dirampas

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail (tengah) menunjukkan rampasan kes penyeludupan mercun, barang elektrik, minuman keras, daging babi serta pistol angin (airsoft pistol) pada sidang media di Ibu Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.- Foto: NSTP

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas pelbagai jenis mercun dan minuman keras bernilai RM5.22 juta dalam lima serbuan berasingan di Selangor, Melaka dan Perak bermula 5 Februari sehingga 8 Februari lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah JKDM Norlela Ismail berkata, semua barangan ini diseludup dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, serbuan membabitkan rampasan mercun bernilai RM694,000 melibatkan lima serbuan berasingan di Selangor dan Perak.

“Serbuan dijalankan melibatkan kesemua lokasi berasingan ini merampas 2,270 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun.

“Operasi yang dijalankan ini turut berjaya menahan dua individu masing-masing berumur 30an merupakan pemilik gudang terbabit menerusi serbuan di Trong, Perak,” katanya pada sidang mediadi Pejabat Kastam Selangor, Pelabuhan Utara, di sini, hari ini.

Dalam kes berasingan, Norlela berkata, sebanyak 126,720 liter minuman keras bernilai RM4.53 juta turut dirampas menerusi serbuan dijalankan di sekitar Pelabuhan Utara di sini.

“Operasi dijalankan melibatkan rampasan lima buah kontena yang didapati mengandungi minuman keras pelbagai jenama itu.

“Siasatan mendapati kesemua minuman yang dirampas ini diikrar sebagai peralatan perabut melalui dokumen berkaitan bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa,”katanya.

Katanya, semua kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Sementara itu, Norlela berkata, pihaknya turut merampas 17,000 pistol angin bernilai RM4.4 juta selepas memeriksa sebuah kontena di Pelabuhan Barat pada 14 Februari lalu.

“Barangan berkenaan tidak mempunyai permit import daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan nilai dagangan RM1.8.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini