comscore
Tumpuan :
Nasional

Mesin ATM beroperasi seperti biasa

KUALA LUMPUR: Mesin juruwang automatik (ATM) akan beroperasi seperti biasa tanpa had waktu, mulai esok

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Mohd Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat bagi memudahkan orang ramai untuk melakukan urusan perbankan menerusi ATM.

“Kerajaan memutuskan operasi ATM, yang sebelum ini dihadkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam, boleh beroperasi seperti biasa sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Bagaimanapun, orang ramai masih perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial khususnya ketika beratur untuk menggunakan ATM,” katanya dalam sidang media harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Loading...
Terkini