comscore
Tumpuan :
Nasional

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 Ditangguh Ke Tarikh Ditetapkan Kelak

Mesyuarat Khas Parlimen ke-14 yang sepatutnya bersambung pada Isnin 2 Ogos ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
        
Perkara terkandung dalam surat bertarikh hari ini dari Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat Parlimen Malaysia yang ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin.

Mengikut kandungan surat itu, pemakluman itu dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
        
Penangguhan berkenaan adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang sudah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19 .

Menurut surat itu, KKM berpendapat bahawa Parlimen Malaysia adalah lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan COVID-19.
        
Timbalan yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon sudah diminta mengemukakan pemberitahuan itu kepada semua Ahli Parlimen.

Loading...
Terkini