comscore
Tumpuan :
Nasional

Mesyuarat MKT UMNO bincang komitmen dalam PRK DUN KKB

FOTO: NSTP

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Beberapa agenda penting dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung petang tadi.

Antaranya kesediaan UMNO dalam membantu calon Kerajaan Perpaduan berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataanya berkongsi, UMNO memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan Malaysia yang diwakili oleh Parti Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu.

Usaha itu dengan menggerakkan jentera bahagian daripada seluruh negeri Selangor dan negeri-negeri yang diterajui UMNO.

Mesyuarat turut menyentuh pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 13 peratus mulai 1 Disember 2024, yang disokong penuh UMNO.

Menurutnya, inisiatif ini pastinya mampu menyantuni harapan dan aspirasi penjawat awam sejak sekian lama.

Turut dibincangkan, sambutan Ulang Tahun UMNO yang ke-78 pada 11 Mei 2024 yang akan diadakan serentak di seluruh negara melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri.

Ibu Pejabat UMNO Malaysia bersama Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan akan mengadakan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Doa Selamat bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, WTC, Kuala Lumpur.

Selain itu, isu berkaitan adendum bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, turut disentuh dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira sejam setengah itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Sharkar Samsudin mengesahkan perbincangan itu, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran perbincangan terbabit kerana kes masih berjalan di mahkamah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini