comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO diadakan malam ini

KUALA LUMPUR: UMNO akan mengadakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, jam 8 malam ini.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kemelut pembentukan kerajaan ketika ini.

Mesyuarat dijangka dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, Barisan Nasional (BN) memohon penangguhan sesi menghadap 30 ahli Parlimennya ke atas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara yang dijadualkan pagi tadi.

Sesi menghadap bagaimanapun diteruskan dengan diwakili tiga pemimpin kanan gabungan itu iaitu Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohammad Hasan serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Ia dilaporkan selesai kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Loading...
Terkini