comscore
Tumpuan :
Nasional

Mesyuarat pertama Majlis Presiden PH selepas Anwar dilantik PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan sidang media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 20 November lalu.

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang pertama selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pengerusi PH itu tiba pada jam kira-kira 3 petang tadi di ibu pejabat PKR, di sini.

Turut kelihatan hadir ialah bekas Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Mesyuarat itu dijadual dihadiri oleh semua kepimpinan utama PH antaranya Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Difahamkan, mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan berhubung pembentukan Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.

Loading...
Terkini