comscore
Tumpuan :
Nasional

MetMalaysia ramal ribut petir, hujan lebat, angin kencang landa hampir semua negeri

MetMalaysia ramal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir semua negeri sehingga 5 petang ini.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda hampir semua negeri sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1.20 tengah hari tadi memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Johor.

Keadaan cuaca sama juga diramal di beberapa daerah di Kedah meliputi Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling serta di Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Turut diramal mengalami keadaan sama adalah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Selain itu, Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Di Sarawak pula, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal di Sri Aman, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

Dalam pada itu, di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Tawau (Lahad Datu).

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini